YTM Dato' Klana Putra Sungei Ujong

Lembaga Tiang Balai Sungei Ujong

Lembaga & Buapak Waris Klana

Lembaga 3 Persukuan

Sejarah

Sungei Ujong's Fan Box

Sungei Ujong on Facebook

Sunday, September 5, 2010

Salam Lebaran


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari wargakerja Sungei Ujong. Maaf Zahir & Batin

Tuesday, August 10, 2010

Sunday, April 25, 2010

Latar Belakang Sungai Ujong

Luak Sungai Ujong(Negri Sungei Ujong) adalah salah satu luak(negri) yang bergabung dalam Persekutuan Negri Sembilan. Kerajaan Sungai Ujong diakui oleh ramai sarjana sebagai sebuah kerajaan purba yang masih wujud hingga ke hari ini. Ini kerana catitan yang ditemui hanya menyebut 10 atau 11 pemerintah yang memerintah sebelum 1760. Sedangkan mengikut perakuan lisan, ia lebih daripada yang dicatatkan. Sungai Ujong juga adalah satu daripada pengasas Persekutuan Negri Sembilan kini. Undang Luak Sungai Ujong berperanan sebagai Ketua kepada Undang Luak yang lain dalam memilih Yang di-Pertuan Besar bagi Persekutuan Negri Sembilan. Sebelum bergelar 'Undang', pemerintah Sungai Ujong yang terdahulu memakai gelaran 'Batin' dan 'Penghulu Menteri' sehinggalah pada 1760, Yang Amat Mulia Dato' Bador bin Dato' Penghulu Chantek dikurniakan 'pesaka bergelar' Dato' Klana Petra Sri Jaya oleh Sultan Johor membawa gelaran 'Undang Luak Sungai Ujong'.

Assalamualaikum

Selamat datang diucapkan kepada semua pelawat yang sudi singgah di Blog Utama Luak Sungei Ujong ini. Semoga segala maklumat yang dapat anda perolehi di sini dapat merungkai segala persoalan yang selama ini terbenam di benak tuan-tuan tentang Sungei Ujong. Segala pertanyaan daripada pihak tuan-tuan amatlah dialu-alukan oleh pihak 'Admin'. Sekian, terima kasih.